MENEROKA PEMIKIRAN MATEMATIK KANAK-KANAK DALAM MEMAHAMI
KONSEP BAHAGI (TAHUN 2)
Siti Zaleha binti Mohd Noh
PENGENALAN
Matematik merupakan mata pelajaran yang memerlukan kefahaman yang mendalam dan ia berkesinambungan daripada satu topik dan topik yang lain. Sebelum pembelajaran topik baru dimulakan, penguasaan kepada topik sebelumnya adalah amat penting. Pembelajaran matematik akan bertambah susah kepada murid-murid apabila umur mereka meningkat sehingga kehilangan minat terhadap mata pelajaran itu, akibat kurang faham pada peringkat awal.
Kelemahan murid-murid dalam matematik merupakan isu utama dalam pendidikan negara pada masa kini. Di kalangan pelajar, ramai yang merasakan matematik sebagai sesuatu koleksi hukum-hukum abstrak yang sukar difahami, menjemukan dan jarang memberi makna secara langsung kepada mereka. Sukatan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) menjelaskan bahawa pengajaran dan pembelajaran matematik hendaklah merupakan suatu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi semua pelajar. Malangnya guru-guru tidak mengikut kehendak sukatan, tetapi mengajar mengikut pengalaman biasa mereka iaitu pengajaran ialah satu proses memindahkan atau menyalurkan pengetahuan kepada pelajar. Pengajaran dan pembelajaran merupakan